Showing posts with label Movie. Show all posts
Showing posts with label Movie. Show all posts

Wednesday, 3 November 2021

BoBoiBoy Movie 2 (2019) HD



BoBoiBoy Movie 2 merupakan filem animasi komedi adiwira Malaysia 2019 yang diarahkan oleh Nizam Razak. Filem ini menceritakan aksi BoBoiBoy dan rakan pasukannya yang perlu menentang makhluk jahat purba yang bernama Retak’ka mahu merampas kuasa elemental BoBoiBoy.

Ini merupakan filem kedua yang diterbitkan oleh Animonsta Studios selepas BoBoiBoy: The Movie (2016). Ia merupakan kesinambungan tersendiri kepada musim pertama siri BoBoiBoy Galaxy. Filem ini ditulis oleh Nizam sendiri dan Anas Abdul Aziz, dan merupakan filem pertama yang menggunakan latar belakang dan watak dari BoBoiBoy Galaxy.

Filem ini ditayangkan secara serentak di 4 buah negara mulai 8 Ogos 2019 termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Vietnam juga telah ditayangkan pada 30 Ogos dengan versi alih suara bahasa ViEtnam.

SINOPSIS BOBOIBOY MOVIE 2

Dalam filem ini, BoBoiBoy dan kawan-kawan sedang diburu oleh seorang makhluk purba, Retak'ka yang ingin merampas Kuasa Elemental BoBoiBoy. Retak'ka ialah pengguna asal Kuasa Elemental yang sekarang miliki BoBoiBoy. Untuk menjadi makhluk yang paling kuat dan menguasai galaksi, dia berniat mengambih alih kuasa itu. BoBoiBoy dan kawan-kawan kini perlu berlawan untuk menewaskan Retak'ka sebelum kuasa itu jatuh ke tangan yang salah.

PELAKON SUARA

  • Nur Fathiah Diaz sebagai BoBoiBoy
  • Fadzli Mohd Rawi sebagai Retak'ka
  • Wong Pak Lin sebagai Hang Kasa
  • Dzubir Mohammed Zakaria sebagai Gopal
  • Nizam Razak sebagai Papa Zola
  • Ieesya Isandra sebagai Pipi Zola
  • Nur Sarah Alisya sebagai Yaya
  • Yap Ee Jean sebagai Ying
  • Wong Wai Kay sebagai Fang
  • Anas Abdul Aziz sebagai Koko Ci, Adu Du, Probe, Tok Aba dan Pakcik Kumar
  • Muhammad Abdurrahman Solahuddin sebagai Ochobot
  • Hazwani Hamizah Mahayuddin sebagai Ayu Yu
  • Nur Iman Andaliz sebagai Tarung
  • Harris Alif sebagai Kapten Kaizo
  • Nabil Zamanhuri sebagai Kapten Kaizo
  • Semua Pelakon-Pelakon sebagai Karakter-Karakter Tambahan

BoBoiBoy: The Movie (2016) HD



BoBoiBoy: The Movie (asalnya BoBoiBoy: Sfera Kuasa 3) ialah sebuah filem aksi komedi adiwira animasi Malaysia tahun 2016 yang diarahkan oleh Nizam Razak. Filem ini merupakan filem pertama yang telah diterbitkan oleh Animonsta Studios, berdasarkan siri TV BoBoiBoy.

Ceritanya berkisar tentang BoBoiBoy dan kawan-kawannya yang mengembara ke sebuah pulau misteri untuk mencari Ochobot selepas dia diculik oleh sekumpulan makhluk asing pemburu harta karun. mempunyai kuasa tak terhingga dan lebih tua daripada Ochobot. Misi mereka membawa BoBoiBoy bertemu musuh yang paling hebat setakat ini, seorang pemburu harta karun yang ingin menggunakan Sfera Kuasa itu untuk kepentingan tamaknya sendiri.

Filem ini telah ditayangkan di pawagam Malaysia dan Brunei pada 3 Mac 2016, dan 13 April 2016 di Indonesia. Filem ini merupakan filem animasi tempatan dengan kutipan yang tertinggi sebelum diatasi oleh Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Sebuah filem kedua, BoBoiBoy Movie 2 telah ditayangkan 8 Ogos 2019.


SINOPSIS BOBOIBOY: THE MOVIE

Filem ini bermula dengan sekumpulan alien jahat bernama Tengkotak yang cuba menangkap sfera kuasa generasi pertama, Klamkabot. Pasukan ini diketuai oleh Bora Ra dan konco-konconya ialah Gaga Naz, Yoyo Oo, Kiki Ta, serta pembantunya Cici Ko. Mereka ingin menangkap Klamkabot untuk mengambil kuasanya untuk niat yang jahat. Klamkabot cuba melarikan diri dari buruan pasukan Tengkotak dengan kelajuan maksima bagi melepaskan diri. Namun akhirnya dia berjaya ditangkap dengan pasukan robot-robot kuning milik Tengkotak. Bora Ra pun tertawa kerana kini dia berjaya menangkap Klamkabot. Tetapi sesuatu berlaku apabila Kiki Ta mengesan kuasa teleportasi yang sangat tinggi. Klamkabot menggunakan kuasa teleportasinya yang menyebabkan dirinya serta pulau tempat persembunyiannya hilang dalam sekelip mata.


Pada masa yang sama di Bumi, seorang nelayan yang sedang memancing ikan di laut terkejut melihat sebuah objek gergasi keluar dari permukaan laut kerana objek yang dilihatnya adalah sebuah pulau terapung.


Keesokannya harinya merupakan hari perkhemahan BoBoiBoy bersama dengan kawan-kawannya. Ochobot, kawan robot BoBoiBoy yang juga sfera kuasa generasi kesembilan, mengejutkannya kerana mereka akan terlambat nanti. Yaya dan Ying menghubungi BoBoiBoy melalui Jam Kuasa untuk mengingatkannya tentang perkhemahan sekali lagi. Gopal juga ada mengingatkan rakan baiknya itu melalui tingkap bilik air. Apabila BoBoiBoy dan Ochobot dalam perjalanan mereka ke tempat perkemahan, BoBoiBoy terlihat pihak polis sedang mengejar sekumpulan perompak, dan mendedahkan adalah sebahagian daripada kes rompakan. Daripada pergi ke tempat perkemahan, dia memutuskan untuk menangkap perompak dan meninggalkan Ochobot begitu sahaja.


BoBoiBoy akhirnya berjaya membantu pihak polis memberkas Geng RDB atau lebih dikenali sebagai Geng Rompak Dobi Bersiri. Dia pergi ke warung Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam dan terlupa tentang perkhemahan dengan rakan-rakannya. Apabila Tok Aba bertanya kepada cucunya tentang perkhemahan, dia cemas dan segera pergi ke perhentian bas di mana kawan-kawannya sedang menunggunya. Sementara itu di angkasa, Bora Ra sedang mendengar penjelasan Yoyo Oo tentang Klamkabot yang telah teleport ke Bumi namun gagal untuk mendapatkan lokasi yang tepat. Bora Ra menjadi marah dan mengugutnya untuk mencari lokasi tersebut atau keluar dari kapal angkasa itu. Yoyo Oo cemas dan takut jadi cuba mencari sedaya upaya, sehingga dia terjumpa isyarat Sfera Kuasa tetapi berbeza dengan isyarat Klamkabot. Yoyo Oo menjelaskan pula kepada kaptennya bahawa lokasi Klamkabot telah ditemui.


Di perhentian bas, BoBoiBoy sampai di hadapan kawan-kawannya yang sedang kecewa atas kelewatan BoBoiBoy, terutamanya Ochobot. BoBoiBoy meminta maaf tetapi kawan-kawannya tidak menerimanya dan BoBoiBoy disuruh untuk mengemas semua barang di situ. Pada masa yang sama BoBoiBoy bertemu dengan Papa Zola yang melalui di situ lalu mencadangkan kepadanya untuk berbuat sesuatu bagi menebus kesalahannya terhadap rakan-rakannya. BoBoiBoy bersetuju dengan cadangannya lalu mengikut Papa Zola untuk mencadat sotong pada hari berikutnya. Lalu keesokan harinya, BoBoiBoy memberitahu rakan-rakannya mengenai rancangan mencadat sotong bersama Kebenaran, namun mereka langsung tidak tertarik dengan rancangan itu. Tiba-tiba, Tengkotak tiba di Taman Pulau Rintis dan menuntut BoBoiBoy untuk memberikan Sfera Kuasa. Bora Ra membuat helah untuk merampas Ochobot, dan membuatkan BoBoiBoy bertarung dengan Gaga Naz. Gaga Naz berjaya mengalahkan BoBoiBoy tetapi gagal mengalahkan Yaya, Ying dan Gopal jadi Bora Ra menggunakan Kuasa Lohong Hitam dan telah memusnahkan sebahagian di Taman Pulau Rintis. Ochobot akhirnya dibawa oleh Tengkotak untuk mengesan lokasi Klamkabot dan Adu Du dan Probe turut berjaya menyertai Tengkotak tanpa interview. Pada masa yang sama, Fang sampai ke warung Tok Aba dan BoBoiBoy Kokotiam tepat pada jam 9 pagi.


Sementara itu, Papa Zola sedang mengambil gambar dirinya di Jeti Pulau Rintis dan dikejutkan oleh kedatangan BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Mereka meminta bantuan Papa untuk mencari Ochobot yang telah diculik. Mereka pun mencari petunjuk mengenai Pulau Terapung, yang terletak berhampiran dengan rumah api. Mereka menaiki bot dan menuju ke arah lokasi rumah api tersebut. Di kapal angkasa Tengkotak, Adu Du dan Probe menanya Bora Ra kalau mereka tidak takut BoBoiBoy akan datang untuk menyelamatkan kawan-kawannya, Ochobot. Bora Ra berasa geli hati apabila mendengar BoBoiBoy menganggap Ochobot sebagai kawan lalu Probe menyamakan mereka berdua adalah seperti dirinya dan Adu Du adalah kawan. Ahli-ahli Tengkotak yang lain turut geli hati dan ketawakan mereka, menaikkan angin Adu Du. Adu Du dan Bora Ra hampir mencabar antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, cabaran tersebut terhenti apabila mendengar bahawa BoBoiBoy sedang menuju ke arah mereka. Jadi, Bora Ra memberikan Kurita kepada Adu Du dan Probe lalu mencampak mereka ke dalam laut bersama sotong itu.


Sementara itu, Papa Zola menyedari bahawa Adu Du semakin dekat. BoBoiBoy menyuruh Ying untuk melajukan bot menggunakan kuasanya. Akhirnya mereka semakin dekat dengan Adu Du dan Probe dan mengajukan soalan di mana Ochobot berada. Kurita yang telah terkena air laut berubah menjadi saiz yang amat besar dan menyerang BoBoiBoy dan yang lain. Mereka cuba untuk mengalahkan Kurita tetapi gagal. Bot berjaya melarikan diri dari Kurita dengan Adu Du dan Probe memaut padanya untuk menumpang bot. Bot akhirnya tiba di Pulau Terapung dan Fang menganggap bahawa dia berjaya menyelesaikan sotong gergasi itu, tetapi tiba-tiba sotong itu menyerang mereka lagi. Yaya segera mengangkat bot namun Kurita terbang ke arah mereka. Papa Zola melemparkan Gopal ke arah sotong dan mengarahkannya untuk menukar sotong tersebut menjadi makanan, di mana ketakutan Gopal meningkat menjadi 100 peratus dan dia berjaya menukarkannya.


Mereka meneruskan perjalanan dengan berjalan di dalam hutan di pulau itu, sambil Papa Zola memakan sotong goreng tepung yang ditukarkan oleh Gopal tadi. Pada waktu malam, mereka berkhemah di dalam hutan sementara menunggu waktu pagi. Sementara itu, Yoyo Oo masih memantau pergerakan Ochobot sehingga Klamkabot muncul dan menyerang Ochobot, memutuskan hubungan kawalan itu. Pada masa yang sama, Gaga Naz juga menyedari bahawa BoBoiBoy sudah hampir tiba ke arah mereka. Akibatnya, Bora Ra menukar strategik dengan mengarahkan Yoyo Oo untuk melepaskan J-Rex. Kembali di tempat perkhemahan, BoBoiBoy dikejutkan oleh panggilan Ochobot pada jamnya lalu turut mengejutkan rakan-rakannya. Jadi mereka membuat keputusan untuk mencari dan menyelamatkan Ochobot "sekarang" juga tanpa Papa Zola, Adu Du dan Probe. Selepas mereka tiba di penghujung jalan, BoBoiBoy dan kawan-kawannya lompat ke pintu masuk gua. Lalu Ying membawa rakan-rakannya ke tempat keberadaan Ochobot di dalam gua tersebut.


Pada masa yang sama, Papa Zola telah bangun dari tidur dan mendapati semua orang tiada di situ. Kemudian dia terlihat perbuatan Adu Du dan Probe yang cuba melarikan diri. Papa Zola menghentikan mereka lalu menanya tindakan mereka. Adu Du dan Probe memperdayakan Papa dengan berkata bahawa Tengkotak telah menculik BoBoiBoy dan kawan-kawan lalu Papa berikrar untuk menyelamatkan anak-anak muridnya. Di dalam gua, BoBoiBoy dan kawan-kawannya mendapati Ochobot sedang dilakukan sesuatu oleh Klamkabot jadi BoBoiBoy berubah dan menyerang Klamkabot. Fang mengesyaki bahawa dia adalah ahli Tengkotak sehingga Ochobot menghentikan mereka daripada menyerang Klamkabot. Mereka akhirnya mendengar sejarah Klamkabot dan Tengkotak daripada Ata Ta Tiga. Namun, Bora Ra menjumpai lokasi mereka dan menyerang mereka. Mereka semua melarikan diri dengan bantuan Klamkabot.


Adu Du dan Probe terus memperdayakan Papa Zola dengan merasa tanah untuk menjejaki BoBoiBoy dan kawan-kawan. Namun, Papa akhirnya mengetahui bahawa dia sedang disandiwarakan oleh dua alien itu. Papa Zola menjadi marah dan menanya mereka di mana anak-anak muridnya berada. Adu Du menjawab bahawa mereka dihubungi oleh Ochobot dan mereka segera mencari Ochobot. Belum sempat menghabiskan jawapan, mereka mendapat serangan mengejut oleh J-Rex, iaitu jerung gergasi yang bertangan dan berkaki. J-Rex mengaum sekuat hati lalu membuatkan Papa mengeluarkan jeritan. Sementara itu, Klamkabot menyuruh Gopal, Yaya dan Ying serta Fang untuk naik ke dalam sebuah bekas besar dan mereka segera berbuat demikian sementara BoBoiBoy yang mendakap Ochobot tergesa-gesa melarikan diri dan akhirnya berjaya menaiki ke dalam bekas itu dengan bantuan Fang. Kemudian, Klamkabot membawa mereka ke suatu tempat. Kembali ke hutan, Papa, Adu Du dan Probe berusaha sedaya upaya untuk melarikan diri dari J-Rex sehingga terguling-guling di jurang.


BoBoiBoy dan kawan-kawannya dibawa oleh Klamkabot ke Lab Sfera Kuasa. Tetapi, Bora Ra dan Gaga Naz mengekori mereka dan menyerang mereka lagi. Selepas mereka berhadapan dengan Bora Ra dan Gaga Naz, Klamkabot melemparkan mereka ke platform dan memesan kepada Ochobot supaya tidak melupai misinya. Sementara itu, Papa Zola, Adu Du dan Probe sempat berpegang pada masing-masing daripada jatuh di akhir bukit. J-Rex yang masih mengejar mereka turut tergelincir dan hampir jatuh ke dalam gaung, tetapi jerung itu diselamatkan oleh Papa Zola dan berkata "Kebenaran tak pernah biarkan sesiapapun terjatuh". Di Lab Sfera Kuasa, Gaga Naz menjumpai BoBoiBoy dan kawan-kawannya lalu menyerang mereka dengan menghidupkan segala mesin di situ. Yaya dan Ying membantu rakan-rakannya dengan kuasa mereka sementara Gaga Naz segera melepaskan tembakan ke arah BoBoiBoy, Gopal dan Fang dan secara tidak langsung memusnahkan platform. Pada masa yang sama Bora Ra telah berjaya menangkap Klamkabot dan akhirnya mereka kembali ke kapal angkasa. Tanpa diketahui mereka, BoBoiBoy dan kawan-kawannya masih lagi bersembunyi di bawah runtuhan platform.


Sementara itu, J-Rex mula menjadi jinak selepas peristiwa dia diselamatkan oleh Papa Zola. Papa Zola menunggang J-Rex untuk mencari BoBoiBoy dan yang lain bersama Adu Du dan Probe dan apabila Adu Du enggan, Papa mengugut mereka dengan menyeru jerungnya untuk membaham mereka dan membuatkan Adu Du dan Probe cuak. Sejurus kemudian, mereka terperasan akan kehadiran Bora Ra dan Gaga Naz yang sedang terbang di udara dengan membawa Klamkabot. Papa Zola berpendapat bahawa mereka mengetahui keberadaan anak-anak muridnya lalu mencadangkan untuk mengekori mereka. Sekali lagi Adu Du enggan, tetapi berubah fikiran apabila diugut lagi dengan bahaman J-Rex. Di kawasan tanah lapang, Yoyo Oo menyediakan gerbang sedutan kuasa untuk menahan Klamkabot lalu mengaktifkannya dan mencuri segala tenaga dan kuasanya. Adu Du, Probe dan Papa yang berada di belakang kapal angkasa Tengkotak cuba menghancurkan pintu kapal namun gagal kerana kulit kapal itu adalah keras. Lalu J-Rex menggigit pintu dengan mudah dan mereka memasuki ke dalam kapal.


Sebaik sahaja Geng BoBoiBoy tiba di hadapan pintu Lab Sfera Kuasa, beberapa robot kecil keluar dari pintu dan mengimbas Ochobot. Selepas mendapat pengesahan, pintu lab dibuka dengan sendiri. Mereka memasuki ke dalam makmal dan disambut oleh Sistem Lab Sfera Kuasa. Sistem tersebut menyediakan tempat untuk Ochobot menaik taraf lalu ia bermula dengan serta-merta. Klamkabot masih lagi diseksa oleh Tengkotak. Selepas dinaik taraf, Ochobot mempunyai penampilan yang baru dan amat canggih. Tiba-tiba, sistem memberitahu mereka bahawa kuasa teleportasi telah sedia untuk digunakan. Bora Ra dan Yoyo Oo yang melihat bekas terkejut apabila melihat ia adalah kosong. Sistem memberitahu mereka bahawa misi Ochobot yang sebenarnya melarikan diri dengan menggunakan kuasa teleportasi ke tempat yang lebih jauh dari Tengkotak untuk memastikan kuasa tersebut selamat. BoBoiBoy menjadi sedih dan bertanya jika ada cara lain tetapi sistem menyuruh Ochobot untuk teleport sekarang sebelum dia dikesan oleh Tengkotak. Kemudian, Yoyo Oo menghubungi BoBoiBoy dan mendapati bahawa Ochobot belum melarikan diri lagi. Bora Ra marah dan menuntut Ochobot untuk memberikan kuasanya atau Papa Zola, Adu Du dan Probe akan dicederakan. BoBoiBoy amat berat hati untuk memberikan Ochobot kepada Tengkotak tetapi akhirnya BoBoiBoy dan kawan-kawannya teleport ke lokasi Tengkotak lalu menyerahkan Ochobot kepada mereka seperti yang dirancang.


Tetapi malangnya, Bora Ra telah merampas kuasa teleportasi dengan cara kasar dan mencampaknya begitu sahaja ke bawah. Tetapi sebelum kematian Ochobot, dia sempat menyalurkan tenaga terakhirnya kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya untuk mereka menaik taraf kuasa mereka. Ini membolehkan BoBoiBoy untuk meningkatkan kuasa elemen Api dan Air kepada Blaze dan Ais dan mampu mengalahkan Bora Ra dengan bantuan kawan-kawannya. Sementara itu, Papa Zola, Adu Du dan Probe ditangkap oleh Yoyo Oo dan Kiki Ta. Sebelum Kiki Ta menembak mereka, J-Rex tiba di situ dan mengugut Kiki Ta tetapi Adu Du berusaha melepaskan diri dan mempertahankan Kiki Ta yang berjaya menawan hati Kiki Ta. Namun tidak menjadi apabila Adu Du meminta bantuannya selepas tangannya digigit oleh J-Rex. Sementara itu, Bora Ra menggunakan kuasa teleportasi untuk melarikan diri, tetapi gagal kerana Adu Du telah memberikan koordinat palsu kepadanya. Akhirnya, BoBoiBoy mampu untuk menyerang Bora Ra sehingga memasuki ke dalam Lohong Hitam butannya sendiri.


Kemudian keadaan kembali tenang dan BoBoiBoy bersedih di atas kematian Ochobot. Tetapi Ochobot bangkit dan menjelaskan bahawa Klamkabot sempat menyalurkan kesemua kuasa dan tenaganya untuk menghidupkannya semula. Lalu BoBoiBoy dan Papa Zola serta yang lain berwefie bersama-sama, tetapi mereka dikejutkan oleh J-Rex. Papa Zola memperkenalkannya kepada BoBoiBoy dan kawan-kawannya. Akhirnya, Cici Ko mendedahkan identiti sebenar dirinya kepada BoBoiBoy dan yang lain sebagai Koko Ci, iaitu pengintip dalam Tengkotak untuk mengintip setiap pergerakan mereka. Beliau mengucapkan selamat tinggal kepada hero-hero itu dan berlepas ke angkasa.

Kredit akhir menunjukkan BoBoiBoy, Gopal, Yaya, Ying, Ochobot, Papa Zola, Adu Du, Probe dan J-Rex pulang kembali ke Pulau Rintis dan Koko Ci pula memenjarakan ahli-ahli Tengkotak.

PELAKON SUARA

  • Nur Fathiah Diaz sebagai BoBoiBoy
  • Nur Sarah Alisya Zainal Rasyid sebagai Yaya
  • Yap Ee Jean sebagai Ying
  • Dzubir Mohammed Zakaria sebagai Gopal
  • Wong Wai Kay sebagai Fang
  • Muhammad Fathi Diaz sebagai Ochobot dan Terra
  • Anas Abdul Aziz sebagai Tok Aba, Probe, Adu Du, Yoyo Oo, Cici Ko/Koko Ci, Pakcik Kumar & Pakcik Mat
  • Nizam Razak sebagai Papa Zola
  • Usamah Widiatmoko sebagai Klamkabot
  • Azman Zulkiply sebagai Bora Ra
  • Muhammad Azmir Selamat (AG) sebagai Gaga Naz
  • Chan Su Ling sebagai Kiki Ta
  • Nadia Nazir sebagai Coral
  • Woi Pak Lin sebagai Oake
  • Fara Fauzana sebagai Wanita Tua & Penyampai Berita
  • Semua Pelakon-Pelakon sebagai Karakter-Karakter Tambahan

Friday, 29 October 2021

Juvana (2013) Full Movie



SINOPSIS JUVANA

Cerita bermula selepas kejadian rusuhan pelajar di Sekolah Wira Bakti, dimana kerja-kerja pembersihan dilakukan pihak berkuasa. Pelajar-pelajar yang tinggal di sekolah itu di hantar ke sekolah baru, dimana mereka akan meneruskan sesi penahanan mereka di sekolah baru. Apek, Ayam, Kicap, Panjang dan Komeng dihantar menaiki lori polis ke sekolah yang telah di tetapkan, iaitu Sekolah Indera Sakti. Turut disertakan sekali, Botak, pelajar yang telah dituduh mencetuskan huru-hara di Sekolah Wira Bakti.


Pada masa yang sama, Daim, pelajar yang telah dibebaskan, meneruskan pembelajarannya di sekolah yang baru. Daim bakal menghadapi SPM tidak lama lagi, namun tetap berusaha untuk melakukan yang terbaik hasil sokongan dari Pengetua. Daim turut dibelenggu masalah buli disekolah baru dan berjumpa kawan baru, iaitu Sara.

Botak terpaksa menerima keadaan di tempat baru, dengan berkawan rapat dengan Apek. Dalam mereka cuba mengadaptasikan tempat baru, mereka dipertemukan dengan "kepala" kawasan itu, Lan Todak. Mereka cuba mengelak daripada melakukan kesilapan sama, dengan berbuat baik dengan setiap pelatih di sekolah baru tersebut.


Daim yang kini telah dibebaskan, terpaksa melakukan dua kerja, iaitu sebagai pelajar, dan pekerja syarikat pembinaan, kepunyaan seorang tauke melayu. Namun, kehidupan Daim tidak semudah yang disangka. Kehadiran pelajar yang kurang berdisiplin mengganggu kehidupan Daim. Kehadiran Sara sedikit sebanyak mengubah kesengsaraan yang dialaminya.

Keadaan di dalam Sekolah Indera Sakti tidak mudah buat Apek dan rakan-rakannya. Apek dan Kicap sempat menemui ibu dan ahli keluarga sewaktu sesi lawatan keluarga. Kicap yang bakal keluar tidak lama lagi dapat dihidu oleh geng Lan Todak. Pada waktu tersebut, Apek risaukan keadaan ibunya yang sedang sakit. Lalu, Lan Todak bersama Jamal dan rakan-rakan yang lain cuba mencipta huru-hara bagi melambatkan lagi tempoh Kicap di sekolah tersebut. Pergaduhan tercetus dan akhirnya mereka yang terlibat diletakkan dalam tahanan. Apek merayu supaya beliau dilonggarkan berikutan ingin melihat ibunya yang sakit. Namun, tidak diendahkan kerana tidak ada sesiapa yang terlibat dalam pergaduhan tersebut ingin membuka mulut tentang pergaduhan itu. Takdir menentukan, Apek tidak sempat melihat ibunya kerana pada malam tersebut, ibunya meninggal dunia.


Situasi tersebut membuatkan Apek dalam keadaan tidak tentu hala. Botak, yang menginginkan kembali zaman beliau, telah mengapikan Apek supaya memukul Lan Todak. Peluang tiba buat Apek, apabila Lan Todak ingin mandi. Lalu, Apek melunaskan segalanya. Mereka yang terlibat didenda. Botak yang begitu berpuas hati dipanggil oleh Tuan Ali untuk memberi pengajaran buat beliau, terus menghilangkan kekejaman yang selama ini merajai jiwa Botak sejak dulu lagi. Insiden tersebut turut mengubah kelakuan Apek, yang kini mengambil alih kelakuan Botak.

Daim mengambil keputusan untuk berhenti sekolah, berikutan pembongkaran kisah silam beliau oleh pelajar yang tidak bertanggung-jawab. Kes Daim tersebut turut mengguris hati Sara, lalu Sara mulai meninggalkannya. Namun, dorongan Pengetua memberikan kekuatan buat Daim untuk terus belajar disana. Kejadian sebenar dijelaskan oleh Daim sendiri, dan akhirnya diterima oleh semua orang termasuklah Sara. Mereka berjumpa di surau selepas sekolah. Namun mereka diserang oleh budak-budak tidak berdisiplin itu, sehingga menyebabkan Daim dihantar ke hospital.


Di Sekolah Indera Sakti, Botak, sedikit demi sedikit berubah kearah kebaikan. Namun, perubahan tersebut tidak disenangi Apek, yang menginginkan beliau kembali seperti dulu. Namun, Botak atas sokongan Panjang dan Komeng, tetap ingin berubah. Ayam kini menjadi orang kanan Apek.

Ketika dihospital, Kicap terserempak dengan Daim, lalu menceritakan keadaan di sekolah baru itu. Keadaan yang kurang baik itu menyebabkan Daim mengambil keputusan untuk melawat mereka. Masanya tiba, Daim dapat melawat sahabat-sahabatnya. Namun, kejadian yang tidak diingini berlaku. Lan Todak memimpin gerakan rusuhan di sekolah tersebut, sambil melaungkan nama Botak, berikutan sejarah beliau di Sekolah Wira Bakti. Para pelawat diletakkan dalam kawalan rapi, sementara Apek dan kawan-kawan pergi melihat keadaan yang berlaku. Mereka yang pernah melalui situasi seperti itu, telah membawa keluar para pelawat dari kawasan tersebut.


Apek yang pertama menemui Lan Todak. Berlaku pertarungan antara mereka sehinggalah Daim sampai untuk menyelamatkan Apek. Botak tiba untuk melakukan perhitungan denga Lan Todak. Botak cuba memberi nasihat, namun tidak diendahkan oleh Lan Todak. Berlakukan pergaduhan antara mereka sehingga mencederakan Botak. Belum sempat Lan Todak ingin menamatkan hidup Botak, Tuan Ali tiba dan menangkap Lan Todak.

Mereka yang terlibat dihukum dan tempoh tahanan pelajar-pelajar Wira Bakti telah dikurangkan atas jasa mereka semasa situasi tersebut. Pada babak akhir, mereka ditegur oleh Warden Encik Raja (Bront Palarae).

BARISAN PELAKON

  • Johan As'ari sbg Botak
  • Zahiril Adzim sbg Daim
  • Syazwan Zulkifly sbg Apek
  • Adam Shahz sbg Ayam
  • Khairul Mohamed sbg Komeng@Ain
  • Megat Fazeril Faiz sbg Kicap
  • Idzham Ismail sbg Panjang
  • Sharnaaz Ahmad sbg Lan Todak
  • Syafie Naswip sbg Jamal
  • Adlin Aman Ramlie sbg Warden Tuan Ali
  • Shera Aiyob sbg Sara
  • Sara Ali sbg Juriah
  • Nabila Huda sbg Nurse
  • Rahhim Omar sbg Pengetua


Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan (2015) Full Movie



SINOPSIS JUVANA 2 : TERPERANGKAP DALAM KEBEBASAN

Filem ini mengisahkan kehidupan tiga bekas pelajar iaitu Botak, Daim dan Ayam yang menyesuaikan diri di dunia luar sebaik sahaja hukuman mereka berakhir. Jalan cerita bermula selepas mereka berdua dibebaskan lebih awal selepas menyelamatkan orang awam ketika kejadian rusuhan di Sekolah Indera Sakti yang dicetuskan oleh Lan Todak, ketua samseng yang pernah memusuhi mereka sebaik saja bekas pelajar Wira Bakti dipindahkan ke sekolah tersebut.

Mereka kemudiannya telah bertekad untuk mengubah kehidupan mereka dan tidak mahu lagi terlibat dengan dunia jenayah. Botak memulakan hidup bersama ayahnya, manakala Ayam, yang diamanahkan Apek untuk menjaga adik-adiknya sehingga dia dibebaskan, juga memulakan hidupnya dengan menyara kehidupan adik-adik Apek yang masih perlu menjalani tempoh tahanan di Sekolah Indera Sakti.

Pada masa yang sama, Daim juga berhasrat untuk menyambung pengajiannya di Universiti Malaya dalam bidang guaman dan memulakan hidup baru bersama teman wanitanya, Sara, yang sering menyatakan membuang masa dengan melepak bersama rakannya kerana mahu mengelakkan Daim untuk mengingatkan kenangan lampaunya ketika ditahan. Namun, harapan mereka untuk masa depan yang lebih baik juga tidak mudah seperti yang mereka harapkan.

Kemudian, nasib tiga sekawan ini menjadi bertambah buruk apabila orang yang mereka kasihi menjadi mangsa culik Tok Ki yang kejam tanpa diketahui motifnya, sehingga memaksa anak-anak muda ini berusaha keras untuk menyelamatkan mereka.Akhirnya, hanya seorang individu sahaja yang boleh membantu mereka.

Bagaimanapun, ayah Botak merupakan seorang penagih dadah, manakala adik lelaki Apek menjadi konco kepada kumpulan gangster yang dikenali sebagai Geng Jebat. Kemudian, nasib tiga sekawan ini menjadi bertambah buruk apabila orang yang mereka kasihi menjadi mangsa culik Tok Ki yang kejam tanpa diketahui motifnya, sehingga memaksa anak-anak muda ini berusaha keras untuk menyelamatkan mereka.

Akhirnya, hanya seorang individu sahaja yang boleh membantu mereka. Jalan terakhir mereka adalah hanya seorang saja yang mampu meminta pertolongan demi untuk kebebasan mereka dari belenggu kisah silam mereka.

BARISAN PELAKON

  • Johan As'ari sbg Botak
  • Zahiril Adzim sbg Daim
  • Adam Shahz sbg Ayam
  • Pekin Ibrahim sbg Tok Ki
  • Hasnul Rahmat sbg Cikgu Raja
  • Shera Aiyob sbg Sara
  • Farhanna Qismina sbg Midah
  • Eyka Farhana sbg Nadia
  • Hafreez Adam sbg Megat
  • Nad Zainal sbg Nabila


Juvana 3 : Perhitungan Terakhir (2016) Full Movie



Merupakan kesinambungan dari sekuel terdahulu, Botak, Daim dan Ayam menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek telah memakan diri.

Filem rantaian yang diadaptasi daripada drama siri popular Juvana akan tampil dengan sekuel terakhir berjudul Juvana 3: Perhitungan Terakhir. Filem yang mengisahkan masalah gejala sosial itu bakal menyaksikan gandingan hebat Johan As’ari, Zahiril Adzim, Adam Shahz, dan Hasnul Rahmat. Filem diarahkan oleh Faisal Ishak terbitkan bersama oleh Filmscape Sdn Bhd, Juita Viden Sdn Bhd dan Star Media Group Berhad. Saksikan kesinambungan filem Juvana 3: Perhitungan Terakhir di pawagam seluruh negara pada 29 September 2016.

TAJUK : JUVANA 3 PERHITUNGAN TERAKHIR

Tarikh Tayangan : 29 September 2016
Genre : Aksi
Pengarah : Faisal IshakTerbitan : Filmscape Sdn Bhd
Pelakon : Zahiril Adzim, Johan As'ari, Adam Shahz, Hasnul Rahmat, Pekin Ibrahim, Zaidi Omar, Shera Aiyob, Nad Zainal, Riki Rikando, Khairul Muhamad, Muhammad Syafiq Ikmal, Helmi Hakim, Rosli Sako


SINOPSIS FILEM JUVANA 3 : PERHITUNGAN TERAKHIR

Merupakan kesinambungan dari sekuel terdahulu, Botak, Daim dan Ayam menyedari perjanjian mereka bertiga dengan Raja demi membebaskan Sara, ayah Botak dan adik-beradik Apek telah memakan diri.

Sebenarnya, Raja merupakan dalang di sebalik penculikan yang dilakukan kerana mahu membalas dendam terhadap mereka yang menjadi punca disumbat ke penjara serta merampas organisasi jenayah daripada Tok Jebat dan Tok Ki.


Selain itu, Daim yang tidak dapat menerima kenyataan setelah kekasihnya, Sara yang mati akibat ditikam Tok Ki mengalami gangguan emosi. Kemudian dia menjauhkan diri dari rakan-rakannya serta menganggap mereka sebagai musuh.

Termakan dengan pujukan Raja, Daim telah memilih untuk bekerja dengannya. Manakala Botak dan Ayam pula terpaksa bersetuju untuk bekerja dengan Raja sebagai galang ganti kepada kebebasan dan keselamatan ayah Botak dan adik-beradik Apek.


Terperangkap dalam permainan Raja, persahabatan mereka turut sekali lagi teruji apabila Raja dengan bijak memanipulasi dan melaga-lagakan mereka hingga mereka masing-masing mencurigai antara satu sama lain.

Dalam situasi yang semakin menghimpit, harapan mereka hanya terletak pada rakan-rakan mereka yang lain. Namun, adakah mereka dapat dijejaki dan sempatkah mereka diselamatkan sebelum terlewat?



Monday, 25 October 2021

Mencari Rahmat (2017) Full Movie



SINOPSIS MENCARI RAHMAT

Mengisahkan tentang dua sahabat bujang, Razak dan Azman, yang menjalani kehidupan dengan dua identiti berbeza demi mendapatkan perhatian daripada Roselina dan Ratna. Namun mereka harus mendepani tipu muslihat mereka serta amarah Datin Azizah yang digeruni.

Razak merupakan seorang anak yatim piatu yang kini begelar seorang ahli perniagaan berjaya di Pulau Pinang. Selepas ibu bapa angkatnya meninggal dalam satu kemalangan, dia mewarisi segala-galanya, termasuk menjadi penjaga kepada cucu mereka berusia 19 tahun bernama Ratna, yang juga yatim piatu.

Bagaimanapun, Razak yang merupakan seorang kaki parti dan suka berfoya-foya mahu menunjukkan contoh baik kepada Ratna. Sementara itu, Azman seorang lagi yatim piatu yang dibesarkan oleh makciknya, Datin Azizah. Datin Azizah mempunyai anak perempuan bernama Rose yang juga kekasih Razak. Kehidupan mereka kemudian bertembung sebagaimana rahsia mereka terdedah.

Filem Mencari Rahmat ditayangkan di MUBI secara eksklusif mulai 31 Ogos 2021. Filem arahan Al Jafree Md Yusop ini merupakan adaptasi daripada karya Oscar Wilde yang berjudul The Importance of Being Earnest. Bersempena dengan Hari Merdeka, MUBI memberikan promosi langganan masa terhad hanya RM3 selama 3 bulan untuk pelanggan baharu. Promosi berakhir pada 16 September 2021.

JUDUL : MENCARI RAHMAT

TARIKH TAYANGAN : 31 Ogos 2021
PENULIS SKRIP : Al Jafree Md Yusop
PENGARAH : Al Jafree Md Yusop
PRODUKSI : AB Roll Sdn Bhd

WATAK PELAKON

Nam Ron sebagai Razak
Amerul Affendi sebagai Azman
Nadia Aqilah sebagai Rose
Sharifah Amani sebagai Datin Azizah
Fauziah Nawi sebagai Normah
Eric Fuzi sebagai Reza
Azman Hassan sebagai Mokhtar
Anuar John Paharudin sebagai Uncle Pekin
Tun Zarul Azri sebagai Butler Glam Rock


KL Special Force (2018) Full Movie


SINOPSIS KL SPECIAL FORCE

Mengisahkan tentang sekumpulan Unit Khas PDRM yang diketuai oleh Roslan yang berusaha untuk menjatuhkan sekumpulan perompak yang diketuai oleh Asyraff. Kumpulan perompak yang dikenali sebagai 'Geng Anarkis' melaksanakan pelan rompakan dengan begitu licik dan pelbagai taktik untuk mengelirukan pihak polis.

Seorang anggota polis muda bernama Zul yang berjiwa besar diserapkan dalam Unit Khas PDRM untuk membantu Roslan menyelesaikan kes berkenaaan, tetapi situasi menjadi bertambah rumit apabila ketua perompak iaitu Asyraff mula memanipulasi perasaan, minda dan syak wasangka diantara Roslan dan Zul.

Taktik asyraff menimbulkan stigma dan pergolakan diantara anggota di dalam unit khas tersebut. Dalam pada masa yang sama, Roslan mengalami masalah keseimbangan masa untuk kerja dan keluarga dan sering bertengkar dengan isterinya yang bernama Diana. Zul juga mengalami masalah yang sama dengan tunangnya Mia yang merupakan anak kepada pengerusi bank Damofa iaitu Dato' Mior. Sebuah rahsiah bakal terbongkar apabila geng anarkis hanya merompak bank kepunyaan Dato' Mior. Apakah rahsia tersebut? Bagaimanakah pihak polis mahu menumpaskan Geng Anarkis?

Filem terbaru arahan Syafiq Yusof berjudul KL Special Force bakal menemui penonton di pawagam pada 8 Mac ini. Filem bercorak aksi ini dibintangi oleh Fattah Amin, Rosyam Noor, Syamsul Yusof, Tania Hudson, Mahmud Ali Basyah dan ramai lagi.

TAJUK : KL SPECIAL FORCE

Tarikh Tayangan : 8 Mac 2018
Genre : Aksi
Pengarah : Syafiq Yusof
Terbitan : Skop Production, Damofa Productions, Viper Studios
Pelakon : Fattah Amin, Rosyam Noor, Syamsul Yusof, Mahmud Ali Basyah, Shaharuddin Tambi, Esma Denial, Puteri Balqi, Sabrina Ali, Tania Hudson, Liza Abdullah, Ramona Zamzam, Razif Salimin, Mustaqim Bahadon, Josiah Padilla Hogan, Siraj Alzakap, Ruzzlan Abdullah Shah


Paskal (2018) Full Movie



SINOPSIS PASKAL THE MOVIE

Mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Anwar, seorang anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang telah terkorban semasa menjalankan tugas. Apabila rakan sepasukannya terkorban dan seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan. Misi merampas kembali kapal dagang MV Bunga Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden.

Filem Paskal The Movie diinpirasikan daripada kisah benar kejayaan pasukan unit khas dalam organisasi TLDM atau lebih dikenali sebagai Pasukan Khas Laut (PASKAL). Filem yang menelan kos RM10 juta ini mendapat sentuhan pengarah Adrian Teh. Dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Jasmine Suraya Chin, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Theebaan Govindasamy, Namron, Amerul Affendi dan ramai lagi. Akan menemui penonton bermula pada 27 September 2018 di pawagam seluruh tanah air.

TAJUK : PASKAL THE MOVIE

Genre : Aksi
Tarikh Tayangan : 27 September 2018
Pengarah : Adrian Teh
Produksi : Asia Tropical Films Sdn Bhd
Pelakon : Hairul Azreen, Ammar Alfian, Jasmine Suraya Chin, Henley Hii, Taufiq Hanafi, Hafizul Kamal, Theebaan Govindasamy, Gambit Saifullah, Taufiq Hanafi, Nam Ron, Amerul Affendi, Sherry Aljeffri, Dato Sri Eizlan Yusof, Tiger Chen Hu, Steve Yap, Fabian Loo

LAGU TEMA /OST

Tajuk : Cabang Tiga
Artis : Aman Ra


Hantu Kak Limah (2018) Full Movie


SINOPSIS HANTU KAK LIMAH

Mengisahkan tentang Husin (Datuk Awie) yang pulang ke kampung setelah tidak lagi mencari rezeki di Singapura. Dia kemudian bekerja dengan sahabat baiknya Khuda (TJ Isa), Wani (Sharwani) dan Yeh Sekupang (Allahyarham Rab Khalid) di kilang arang.

Sementara itu, Kak Limah (Delimawati) baru berkahwin dengan sahabat Husin iaitu Khuda. Cinta mereka digambarkan sebagai cinta sejati. Namun, baru sahaja menikmati kebahagiaan rumah tangga, Kak Limah telah ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan.

Pada masa sama, Husin bersama rakan-rakannya Wani dan Khuda masuk ke hutan untuk menangkap burung, namun tidak semena-menanya Husin bertemu dengan seorang gadis cantik yang misteri (Uqasha Senrose) di dalam hutan dan jatuh cinta dengannya. Ironinya, sibuk menangkap burung, Husin dan Wani tidak tahu akan berita kematian Kak Limah termasuk suami Kak Limah sendiri, Khuda.

Sementara itu, Yeh Sekupang, selaku Menteri Informasi di Kampung Pisang, sedang menguruskan jenazah Kak Limah dan memberi tugas kepada Nayan (Ropi) untuk menjaga jenazah sehingga anak Kak Limah, Musalman (Pekin Ibrahim) sampai dari Kuala Lumpur.

Nayan masih keliru dengan kematian Kak Limah kerana dia baru sahaja berjumpa dengan Kak Limah di tebing sungai sebelum datang ke klinik. Sementara, Khuda sempat pulang ke rumah bertemu Kak Limah dengan membawa Husin dan Wani serta menjamu mereka bubur keladi.

Di sini bermulanya misteri apabila kelibat Kak Limah masih kelihatan walaupun dipercayai sudah meninggal dunia. Akhirnya, muncul guru silat, Encik Solihin yang membantu mereka berdepan dengan hantu Kak Limah. Hussin cemburu apabila penduduk kampung mula percaya dan berharap kepada Encik Solihin. Pelbagai insiden lucu yang berlaku pada penduduk Kampung Pisang sepanjang berdepan dengan Hantu Kak Limah.

TAJUK : HANTU KAK LIMAH

Tarikh Tayangan : 9 Ogos 2018
Genre : Komedi / Seram
Pengarah : Mamat Khalid
Pelakon : Dato Awie, Dalimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Mus May, TJ Isa, Rab Khalid, Sharwani, Ropie, Sabri Yunus, Pekin Ibrahim, Ziema Din, Erra Fazira, Jue Aziz, Imuda
Terbitan : Infinitues Gold / Astro Shaw Sdn Bhd


Syif Malam Raya (2020) Full Movie


SINOPSIS SYIF MALAM RAYA

Mengisahkan tentang empat orang rakan yang mengalami kejadian aneh ketika mereka dalam perjalanan pulang ke kampung pada malam raya. Zaid (Atu Zero) dan Hisyam (Sharif Zero) menumpangkan Mera (Reen Rahim) serta Yoh (Yoe Parey) dalam perjalanan menghantar mayat ke Ipoh. Keadaan menjadi kecoh setibanya mereka di Kampung Batu Berapit yang gempar dengan kemunculan ‘pocong’.

Filem 'Syif Malam Raya' arahan A. Razak Mohaideen. Diterajui oleh ahli kumpulan Zero, iaitu Atu dan Sharif. Turut dibarisi pelakon seperti Reen Rahim, Saiful Apek, Ropie serta penampilan sulung tiga orang Youtuber terkenal, iaitu Yoe Parey, Syahmi Sazly dan Asif Suhaimi.

JUDUL : SYIF MALAM RAYA

Tarikh Tayangan : 24 Mei 2020
Genre : Komedi Seram
Pengarah : A. Razak Mohaideen
Terbitan : Ray Theme Sdn Bhd
Pelakon : Atu Zero, Sharif Zero, Reen Rahim, Syaiful Zero, Nadia Brian, Lia Natalia, Yoe Parey, Syahmi Sazly, Asif Suhaimi, Saiful Apek, Azlee Senario, Ropie, Emelda Rosmila


Hantu Bonceng 2.0 (2021) Full Movie


SINOPSIS HANTU BONCENG 2.0

Sekumpulan rakan dalam perjalanan bercuti ke Bukit Fraser bertemu dengan gadis misteri yang membawa mereka ke sebuah hotel berhantu dan menyeramkan.

Filem komedi Hantu Bonceng 2.0 arahan Yusri Abdul Halim akan ditayangkan di Astro First, saluran 480 pada 11 Februari 2021. Juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

JUDUL : HANTU BONCENG 2.0

TARIKH TAYANGAN: 11 Februari 2021
PENGARAH : Yusri Abdul Halim
PRODUKSI : Excellent Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zizan Razak, Taiyuddin Bakar, Shiha Zikir, Joey Daud, Atu Zero, Sangeeta Krishnasamy, Chew Kin Wah

LAGU TEMA (OST)

Aewo - Shiha Zikir feat Noki

 

Crossroad One Two Jaga (2018) Full Movie


SINOPSIS CROSSROAD ONE TWO JAGA

Berkisarkan tentang kisah di sebalik tabir pasukan badan beruniform Polis Diraja Malaysia, yang mana ia memaparkan sisi gelap segelintir anggota yang sanggup mengkhianati amanah dengan mengambil rasuah dan terjebak dalam kegiatan jenayah.

Sebuah novel adaptasi filem ini, setebal 283 mukasurat juga menggunakan tajuk sama telah ditulis oleh Sahidzan Salleh dan diterbitkan oleh Buku FIXI dan dikeluarkan pada Mei 2018.

One Two Jaga (juga dikenali sebagai Crossroads: One, Two, Jaga untuk pasaran antarabangsa) merupakan sebuah filem drama aksi jenayah Malaysia 2018 arahan Nam Ron terbitan bersama Jazzy Pictures, KL POST dan Pixel Play. Ia dibintangi oleh Zahiril Adzim, Sofia Jane, Zaidi Omar, Amerul Affendi, Ario Bayu, Asmara Abigail, Bront Palarae, dan Azman Hassan. Filem ini ditayangkan pada 6 September 2018.

One Two Jaga pada mulanya dirancang untuk ditayangkan sahaja di pelbagai festival filem asing. Walau bagaimanapun, penerbit memutuskan bahawa filem itu juga harus ditayangkan di pawagam Malaysia. Filem ini menerima tarikh keluaran tayangan rasmi, iaitu pada 6 September 2018.

Filem ini telah dipertontonkan buat julung kali pada malam pembukaan Festival Filem Timur Jauh ke-20 di Udine, Itali pada 20 April 2018. Pada 29 Jun 2018, One, Two, Jaga mewakili Malaysia di Festival Filem New York Asia ke-17 yang berlangsung di New York, Amerika Syarikat. One, Two, Jaga merupakan kegagalan komersial, Namron kemudian meluahkan rasa kecewanya di laman Twitter apabila melihat kedudukan carta filem tersebut kurang mendapat sambutan.

BARISAN PELAKON

Zahiril Adzim sebagai Hussein
Ario Bayu sebagai Sugiman
Rosdeen Suboh sebagai Hassan
Asmara Abigail sebagai Sumiyati
Amerul Affendi sebagai Adi
Chew Kin Wah sebagai James
Timothy Castillo sebagai Rico
Iedil Putra sebagai Marzuki

Along Eyzendy sebagai Zul
Azman Hassan sebagai Pak Sarip
Namron sebagai Dato'
Izuan Fitri sebagai Joko
Vanida Imran sebagai Isteri
Anne James sebagai Headmistress
Sabri Yunus sebagai Penjual
Bront Palarae sebagai Inspektor Rayyan
Farah Ahmad


Pulang (2018) Full Movie


SINOPSIS FILEM PULANG

Filem berlatar belakangkan tahun 1940-an, tentang seorang kelasi kapal, Othman yang nekad mengubah nasib keluarganya dengan mengikuti pengembaraan belayar ke merata dunia. Sebelum berlayar, dia berjanji akan pulang bersama kekayaan untuk isterinya Che Thom dan anak lelakinya, Omar. Dengan penuh kesabaran, isterinya akur dengan kepergiannya dan setia menunggu kepulangan suaminya selama 61 tahun.

Filem Pulang diilhamkan daripada sebuah kisah benar yang pernah berlaku dalam keluarga Ketua Pegawai Eksekutif Primework Studios iaitu Datuk Ahmad Izham Omar. Filem epik arahan Kabir Bhatia ini membariskan pelakon terkenal seperti Remy Ishak, Puteri Aishah, Azrel Ismail, Erwin Dawson dan Alvin Wong. Filem berskala besar dengan bajet RM6 juta adalah filem terbesar Primeworks Studios dan bakal menemui penonton di pawagam mulai 26 Julai 2018.

TAJUK : PULANG

Tarikh Tayangan : 26 July 2018
Genre : Sejarah / Biografi
Skrip : Mira Mustaffa & Ahmad Izham Omar
Idea Asal : Ahmad Izham Omar & Omar Othman
Pengarah : Kabir Bhatia
Terbitan : Primeworks Studios
Pelakon : Remy Ishak, Puteri Aishah, Alvin Wong, Azrel Ismail, Erwin Dawson, Sherry Al-Jeffri, Dato' Jalaluddin Hassan, Juliana Evans, Dato' Rahim Razali, Aida Khaleeda

LAGU TEMA / OST

Judul : Layarlah Kembali
Penyanyi : Dayang Nurfaizah
Komposer : Aubrey Suwito
Penulis : Ad Samad





Saturday, 23 October 2021

Songlap (2011) Full Movie



Songlap merupakan sebuah filem drama masyarakat Malaysia 2011 yang ditayangkan di pawagam pada 15 Disember 2011. Filem arahan Effendee dan Fariza Azlina ini menampilkan dua pelakon yang pernah memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Shaheizy Sam (FFM 23), Syafie Naswip (FFM 22), dan muka baru, Sara Ali sebagai pelakon utama filem ini. Filem ini meraih pencalonan terbanyak dalam sejarah Festival Filem Malaysia(FFM) dengan menerima 15 nominasi daripada 23 kategori yang dipertandingkan di dalam Festival Filem Malaysia ke-25

SINOPSIS SONGLAP

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, Songlap mengikuti kisah dua adik-beradik – Am (Shaheizy Sam) dan Ad (Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar Mama. Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; Am mengambil kesempatan dengan menggunakan perniagaan Mama sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara Ad mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

Ad mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya Razak kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia. Apabila adik Razak, Hawa (Sara Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, Ad tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan Hawa tanpa menyedari bapa Hawa, Pak Din juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik Ad untuk menolong Hawa telah menggoyahkan hubungannya dengan Am, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut. Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

BARISAN PELAKON

Shaheizy Sam - Am
Syafie Naswip - Ad
Sara Ali - Hawa
Omar Abdullah - Bapa Hawa
Rozie Rashid - Mak Minah
Hasnul Rahmat - Abang Mat
Normah Damanhuri - Rita
Fauzi Nawawi - Chipun
Lisdawati - Isteri pembeli anak
Eizlan Yusof (Datuk) - Suami pembeli anak
Nasir Jani - Pemandu Teksi


Silat Warriors (2019) Full Movie



Geran merupakan filem drama aksi silat Malaysia 2019. Filem ini mempamerkan pencak silat, dan mengisahkan satu keluarga pesilat yang perlu pertahankan nama dan tanah rumah mereka daripada tergadai setelah adik mereka lari dengan geran tanah.

Ia ditayangkan pada 10 Oktober 2019 di Malaysia dan Brunei.

SINOPSIS GERAN (SILAT WARRIOR - DEED OF DEATH)

Di Kedah, Ali dan Fatimah dari satu keluarga petani dan pesilat Gayong berasa amat marah dan kesal apabila adik bongsu mereka, Mat Arip, yang terlibat dalam lumba kereta haram dan berjudi, kini lari dengan geran tanah pusaka rumah mereka. Mat Arip telah mencagarkan geran tanah ayah mereka kepada ceti Haji Daud. Haji Daud pula ialah musuh Pak Nayan dalam silat dan mengugut keluarga mereka. Untuk menjaga nama dan tanah rumah mereka, mereka perlu mencarikan adik supaya tanah mereka tidak diggadai dan membawa adik pulang ke pangkuan ayah mereka.

BARISAN PELAKON

Namron sebagai Pak Nayan
Koharullah sebagai Ali
Feiyna Tajudin sebagai Fatimah
Fad Anuar sebagai Mat Arip
Azlan Komeng sebagai Kahar
Taiyuddin Bakar sebagai Mi Piang
Megat Shahrizal sebagai Man Bangla
Aeril Zafrel sebagai Lah
Niezam Zaidi sebagai Asan
Adam Shahz sebagai At
Kasturi Majid sebagai Tora King
Sham Majid sebagai Yon
Yusran Hashim sebagai Chot
Abinoorizuadin sebagai Pak Teh
Faizal Hussein sebagai Haji Daud
Fatimah Abu Bakar sebagai Haryati, pencerita


Mael Totey The Movie (2020) Full Movie



Mael Totey The Movie ialah sebuah filem komedi Malaysia 2020 tulisan, terbitan dan arahan sulung selebriti internet Syahmi Sazli. Diadaptasi daripada drama pendek YouTube, Mael Totey juga arahan dan terbitan Syahmi, ia berkisarkan seorang pemuda lurus bendul yang berusaha untuk mempelajari bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya. Filem ini dibintangi oleh Syahmi sendiri sebagai watak tajuk, Emaleen Minhad, Aween Ismail, Asif Suhaimi dan Yoe Parey. Filem ini ditayangkan pada 22 Oktober 2020 di Astro First.

SINOPSIS MAEL TOTEY THE MOVIE

Mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya. Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

BARISAN PELAKON UTAMA

Syahmi Sazli sebagai Mael Totey
Emaleen Minhad sebagai Ayu
Aween Ismail sebagai Yaya
Asif Suhaimi sebagai Asif
Yoe Parey sebagai Yoe


BARISAN PELAKON PEMBANTU

Yatin sebagai dirinya sendiri
Samsol Mat Yasin sebagai Bedol
Anissa Faizul sebagai Zaiton
Putry Mohd sebagai Putry
Sai Kamal sebagai Sai
Faidah Qistina sebagai Qistina

BARISAN PELAKON UNDANGAN

Daler Yusuf sebagai Raheem
Aznah Hamid sebagai ibu Teacher
Kamarool Haji Yusoff sebagai Tok Kadi dan Imam
Hushairy Hussein sebagai bapa Asif dan Yoe

PENERBITAN

Mael Totey The Movie merupakan filem cereka sulung arahan selebriti YouTube, Syahmi Sazli. Ia berdasarkan daripada drama pendek 8 episod, Mael Totey yang dihasilkan oleh Syahmi sendiri. Kos pembikinan filem ini mencecah sebanyak RM400,000, wang simpinan miliknya sejak mula aktif di YouTube pada 2016. Dalam temuramah bersama Berita Harian, Syahmi berkata idea untuk Mael Totey The Movie tercetus selepas filem Syif Malam Raya lakonan bersama Asif Suhaimi dan Yoe Parey mendapat sambutan positif. Penggambaran dijalankan selama 14 hari bermula 12 Julai dan berakhir pada 25 Julai 2020.

Untuk filem ini, beliau perlu menghadapi pelbagai proses yang dianggap masih baru buatnya termasuk proses suntingan,[1] malah terpaksa ke Kuala Lumpur dengan tujuan bagi mendapatkan permohonan daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PROFIMA). Syahmi turut menjelaskan dua minggu sebelum penggambaran, beliau perlu berdaftar dengan Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM).

Untuk pemilihan pelakon, Syahmi menggunakan khidmat pelakon amatur berstatus golongan istimewa, seperti Asif Suhaimi, Yoe Parey dan Emaleen Minhad. Manakala barisan pelakon ternama yang terlibat termasuk Kamarool Yusoof dan Aznah Hamid. Bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019, Aween Ismail memegang watak sebagai Yaya, ia merupakan filem sulung lakonannya sebagai pelakon utama.


Roh (2020) Full Movie



Roh (juga dikenali sebagai Soul) ialah filem seram indie seni Malaysia 2020. Ia mengisahkan kehadiran seorang kanak perempuan aneh yang membawa ramalan ngeri dan kejadian aneh kepada sebuah keluarga miskin dalam hutan zaman dahulu.

Ia ditayangkan di pawagam pada 6 Ogos 2020.

SINOPSIS ROH

Pada zaman dahulu, di mana tinggal sebuah keluarga miskin dalam hutan. Mereka kemudiannya didatangi seorang kanak perempuan misteri. Keesokan pagi, kanak itu meramalkan bahawa mereka semua akan mati. Kejadian aneh mula menghantui mereka.

BARISAN PELAKON

Farah Ahmad sebagai Mak
Mhia Farhana sebagai Along
Harith Haziq sebagai Angah
Nam Ron sebagai Pemburu
June Lojong sebagai Tok
Putri Qaseh sebagai Adik

KL Gangster 2 (2013) Full Movie



KL Gangster 2 ialah sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2013 arahan Syamsul Yusof dan terbitan bersama Skop Productions dan Grand Brilliance. Ia dibintangi oleh Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, Rosyam Nor dan Syamsul sendiri. KL Gangster 2 merupakan filem prekuel kepada filem KL Gangster (2011). Filem ini menelan kos penerbitan sebanyak RM4.5 juta dan telah memenangi dua dari tujuh pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-26. Ini merupakan filem terakhir Skop Productions yang menggunakan logo lama Skop Productions tahun 2002.

SINOPSIS KL GANGSTER 2

KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Ady Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya.

Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Sementara itu, Tailong (Datuk Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram.Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong. Pada masa yang sama, King (Ridzuan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkan Tailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.

Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan dia dan Jai dihalau dari rumah. King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Dia merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara dua kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong.

Apabila Tailong mendapat tahu Jai ialah adik Malek, dia menculik Zeti (Sheera Iskandar) dan memperkosanya di hadapan Jai. Jai tidak mampu berbuat apa-apa kerana orang-orang Tailong terlalu ramai. Malek pula mendapati ibunya cedera parah akibat dipukul orang Tailong. Dia tidak sempat ke sarang Tailong untuk menyelamatkan adik-adiknya kerana terpaksa bergegas ke hospital dengan ibunya. Tailong akhirnya memanggil Malek ke kawasan pelabuhan sekiranya dia ingin selamatkan adik-adiknya dalam pertembungan terakhir.

Dengan bantuan Shark, Ajib (Soffi Jikan) dan orang-orang mereka, Malek berjaya melenyapkan seluruh geng Tailong. Dia dan Jai akhirnya bersama-sama berjaya menumpaskan Tailong lalu menyerahkannya kepada Shark untuk ditembak mati. Mereka kemudian bergegas ke hospital untuk membayar bil hospital supaya ibu mereka boleh dibedah. Zeti dan ibu mereka enggan memaafkan Malek dan Jai kerana memusnahkan kebahagiaan keluarga mereka. Jai pula berdegil untuk terus kekal dalam dunia jenayah demi mencari wang. Malek pula diberkas polis setelah dianiaya oleh gengnya sendiri. Ketika dibawa ke balai, Malek berdoa pada Tuhan supaya keluarganya selamat sementara dia dipenjarakan.

Pada masa yang sama, Tailong telah mati. Dengan pemergian Tailong, Shark kini menjadi ketua bagi satu-satunya geng terkuat di KL. Shark juga telah merancang untuk memenjarakan Malek. Seterusnya berpusing balik ke KL Gangster 1

BARISAN PELAKON

Aaron Aziz sebagai Malek
Ady Putra sebagai Jai
Rosyam Nor sebagai Tailong
Syamsul Yusof sebagai Shark
Soffi Jikan sebagai Ajib
Zizan Razak sebagai Fadil
Ridzuan Hashim sebagai King
Adam Corrie sebagai Dragon
Ku Faridah sebagai Mak
Sheera Iskandar sebagai Zati
Angeline Tan sebagai Suzanne
Ammar Alfian sebagai Bodyguard Tailong
Wong Sip Nen sebagai Ketua Gangster
Deen Maidin sebagai Ketua Gangster 2
Zack Taipan sebagai Ketua Gangster 3
Jacky Kam sebagai Ketua Gangster 4
Iqbal Abdullah sebagai Geng Jerung
Ruzzlan Abdullah Shah sebagai Geng Jerung 2
Faid Abdul Rahim sebagai Geng Jerung 3

UNDANGAN KHAS

Kamal Affandi Hashim sebagai Pegawai Polis
Saiful Bahari sebagai Pegawai Polis 2



KL Gangster (2011) Full Movie



KL Gangster merupakan sebuah filem aksi jenayah Malaysia 2011 arahan Pengarah Terbaik FFM 23, Syamsul Yusof (yang turut membintanginya). Ia dibintangi oleh Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan dan Zizan Razak, ia menceritakan tentang seorang bekas ketua gangster yang baru keluar dari penjara, ingin mengubah kehidupannya, filem ini ditayangkan pada 9 Jun 2011.

KL Gangster dilaporkan sebagai filem buatan Malaysia pertama yang mencecah setakat kutipan RM 10 juta di pawagam-pawagam tempatan, sekaligus mengatasi rekod keseluruhan yang dipegang oleh Ngangkung pada tahun 2010. KL Gangster mempertahankan gelaran filem tempatan dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman selama tiga tahun, sebelum diatasi oleh filem tempatan berbahasa Cina, The Journey, pada awal tahun 2014. Prekuel filem ini, KL Gangster 2 telah ditayangkan pada 3 Oktober 2013 diikuti oleh dua terbitan turunannya Abang Long Fadil pada 29 Mei 2014 dan Abang Long Fadil 2 pada 24 Ogos 2017.

SINOPSIS KL GANGSTER

Dua adik-beradik telah terjebak di dalam dunia gangster, si abang iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai (Ady Putra). Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri semasa menolong Malek menumpaskan Tailong(Rosyam Nor) yang didalangi oleh Shark (Syamsul Yusof) anak tiri kepada King (Ridzuan Hashim), iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orang-orangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi "Raja" di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.


Si adik, Jai pula berfikir kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antara orang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakkan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan.

BARISAN PELAKON

Aaron Aziz sebagai Malek
Syamsul Yusof sebagai Shark
Adi Putra sebagai Jai
Sofi Jikan sebagai Ajib
Zizan Razak sebagai Fadil
Ridzuan Hashim sebagai King
Adam Corrie sebagai Dragon
Ku Faridah sebagai Mak
Sheera Iskandar sebagai Zati
Anna Halim sebagai Erin
Zalfie Md Nor sebagai Geng Jai
Zack Taipan sebagai Nuar

Friday, 22 October 2021

Frontliner (2021) Full Movie


Saksikan filem Frontliner mengisahkan tentang situasi petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus sepanjang pandemik menular bakal ditayangkan di laman penstriman Netflix pada 30 September 2021.

JUDUL : FRONTLINER

TARIKH TAYANGAN : 30 September 2021
RANGKAIAN : Netflix
PENGARAH : Razif Rashid
PRODUKSI : D'Alphalegacy Sdn Bhd
PELAKON : Azhan Rani, Beto Kusyairy, Achey, Emma Maembong, Wan Maimunah, Farah Ahmad, Black Hanifah, Zul Handyblack, Ashraf Muslim, Merqeen, Shamsul Danish, DSP Siren Boonthnam Ekkasook, Aril Fazrie

SINOPSIS FRONTLINER

Berkisar tentang perjuangan petugas barisan hadapan dari sektor medikal hinggakan pekerja penghantar makanan memerangi Covid-19 di Malaysia. Ia diadaptasi dari kisah benar.